Memilih Unit Amanah

Salam,

Bagaimana saya memilih unit amanah untuk saya melabur? Saya mempunyai strategi tersendiri, akan tetapi perlu diingatkan bahawa ini strategi saya, bukan strategi yang saya nasihatkan untuk anda. :). Walaupun pada masa ini saya melabur di dalam 2 syarikat unit amanah iaitu Public Mutual dan CIMB, saya bercadang untuk fokus melabur di dalam satu syarikat sahaja iaitu Public Mutual (saya akan memindahkan pelaburan saya dari CIMB ke Public Mutual sedikit masa lagi :p). Tanpa menyentuh mengapa saya meninggalkan CIMB (OKlah.. satu sebabnya ialah caj servis yang tinggi, 6.5%!), adalah lebih baik saya menerangkan mengapa saya fokus melabur di dalam Public Mutual.

Public Mutual mempunyai banyak dana (‘fund’) yang berlandaskan Syariah (oh! satu maklumat penting – saya hanya melabur di dalam dana yang berlandaskan Syariah). Dana tersebut merangkumi kesemua kategori - contohnya ekuiti (yang berisiko tinggi tetapi berpotensi memberi pulangan tinggi), imbang @ ‘balanced’ ( yang berisiko sederhana, dengan potensi pulangan sederhana) serta ‘money market’ (yang berisiko rendah, sudah pasti rendah jugalah pulangannya!). Kepelbagaian dana ini adalah amat penting untuk tujuan ‘switching’ iaitu menukarkan pelaburan saya dari satu dana ke satu dana yang lain. Kemudahan ‘switching’ yang menyenangkan – melalui ejen, ataupun yang lebih senang adalah menggunakan TeleMutual iaitu khidmat telefon – adalah antara kelebihan lain Public Mutual. Apa kelebihan ‘switching’? Tunggu, topik ini akan saya sentuh dengan lebih mendalam dalam ‘entry’ seterusnya :).

Walaupun terdapat banyak dana Syariah, namun saya tidak melabur dalam banyak dana. Buat masa ini, saya fokus kepada 1 dana sahaja untuk pelaburan wang Akaun 1 KWSP saya, serta 3 dana untuk pelaburan tunai. Untuk wang Akaun 1 KWSP, saya melabur di dalam Public Islamic Sector Select Fund, manakala untuk pelaburan tunai, saya melabur di dalam Public Islamic Opportunities Fund, Public China Ittikal Fund dan Public Asia Ittikal Fund. Saya berpendapat adalah lebih berkesan sekiranya jumlah dana diminimakan sedikit mungkin. Lagipun, saya berkeupayaan memantau pelaburan saya setiap hari, maka prestasi setiap dana dapat diketahui dan dikaji.

Bagi memudahkan saya membanding-bandingkan prestasi dana, saya bergantung kepada carta prestasi dana di laman Public Mutual serta jadual perbandingan dana di laman Signal Invest (ini tidak terhad kepada dana Public Mutual sahaja, saya boleh membandingkan kesemua dana yang ada di Malaysia!). Setiap kali saya ingin membuat pelaburan sama ada dengan wang EPF atau wang tunai, saya akan membuat kajian terlebih dahulu. Menggunakan kedua-dua laman tersebut juga membolehkan saya membuat keputusan untuk ‘switching’ atau tidak. Begitulah saya mencapai keputusan untuk ‘switching’ pelaburan wang KWSP saya dari Public Islamic Equity Fund ke PISSF (prestasi PISSF lebih memberangsangkan) dan juga ‘switching’ pelaburan wang tunai saya dari Public Islamic Optimal Growth Fund ke PIOF (atas sebab yang sama – prestasi!).

Saya berasakan internet banyak membantu saya dalam pelaburan unit amanah. 2 tahun yang lepas, ini tidak mungkin terjadi dan saya semestinya masih bergantung kepada nasihat dan perkhidmatan ejen unit amanah. Hakikatnya, saya tidak suka bergantung kepada orang lain dan saya suka mengurus pelaburan saya sendiri. Untunglah ejen saya, goyang kaki sahaja menerima komisen kerana mempunyai pelabur berdikari macam saya :D!

2

3

4

5 responses to “Memilih Unit Amanah

  1. nice info…
    sekarang ney memang banyak dana amanah….
    so pening kepala nak pilih yang mane…
    elmie ada x melabur dalam dana amanah bank Isam???

    • Salam Ken
      Buat masa ini, saya cuma fokus melabur di satu syarikat unit amanah sahaja iaitu Public Mutual. Saya ada melabur di satu ‘fund’ unit amanah CIMB juga, tapi saya akan memindahkannya ke Public Mutual sedikit masa lagi. Nasihat saya, cuba buat kajian serba sedikit berkenaan dengan ‘fund’ yang ingin dilabur. Sekarang ini kebanyakan maklumat boleh diperolehi di internet. Anda boleh cuba membuat kaji selidik menggunakan laman Signal Invest seperti yang saya terangkan. Harap dapat membantu, dan selamat melabur!

  2. mungkin dapat buat semakan..sekarang Bank Rakyat juga ada memasarkan unit amanah bekerjasama dengan beberapa Co. Unit amanah di malaysia dan ia juga berteraskan islamic line..

  3. sekarang 2012, saya nak tahu unit amanah yang mana yang berpotensi untuk melabur…..

  4. Assalamualaikum/hello Busu!! Saya, Azlinda, adalah seorang konsultan CWA(CIMB Wealth Advisors Berhad). Bagi saya, memang boleh seseorang itu monitor pelaburan dia…untuk kepuasan diri dan knowledge pasal pelaburan bolehlah bertambah dari semasa ke semasa dan hopefully kita akan menjadi seorang pelabur yang knowledgeable. Dengan itu, senanglah konsultan punya kerja sebab investor pun sama wave length dengan dia. Tapi kalau ada konsultan bukanlah lebih baik…2 heads are better than one..lagipun kita boleh ‘tap’ knowledge konsultan. Kalau kita tak ada masa eloklah ada konsultan. Kalau berminat untuk mendapat khidmat konsultan, sila hubungi saya di 012 3889517.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s