Manipulasi Kaedah ‘Switching’ Untuk Memaksimakan Pulangan Unit Amanah

Salam,

Saya seorang yang tidak gemar menunggu. Penantian adalah suatu penyeksaan. :). Saya suka berbuat sesuatu dengan sendiri selagi boleh dan mampu, dan selalunya hasil yang saya dapati adalah cepat dan menepati kehendak saya. Kerana itulah pelaburan saham unit amanah amat sesuai dengan personaliti saya. Ianya adalah pelaburan yang ‘fleksibel’, yakni boleh diurus secara berubah-ubah mengikut strategi pelaburan yang dikehendaki. Bagi saya pelaburan ASB tidak ‘fleksibel’ kerana pulangannya hanyalah pengagihan dividen dan bonus di hujung tahun kewangan. Saya juga ada diperkenalkan dengan satu akaun simpanan-pelaburan dari CIMB iaitu Max Investsave PSSIA-i, suatu akaun simpanan yang menjanjikan (namun tidak semestinya! bergantung juga kepada prestasi pelaburan) pulangan 16% setahun. 16%! Mulanya saya sangat teruja memandang angka tersebut, namun apabila mengetahui bahawa saya harus menyimpan dan tidak boleh mengeluarkan simpanan selama sekurang-kurangnya 15 tahun, serta-merta minat saya berkurangan. Seperti yang saya katakan, saya benci menunggu, apatah lagi menunggu selama 15 tahun! Dan pulangan 16% belum tentu terjamin! Walaupun saya yakin pihak bank CIMB telah membuat kajian sebelum mendapat angka 16% itu, saya berasakan pelaburan begini mungkin sesuai untuk orang lain, cuma bukan saya :).

Pelaburan unit amanah juga boleh memberikan pulangan 16% (lebih pun boleh!) setahun, dan tidak perlu pula menunggu selama 15 tahun untuk mengeluarkan wang pelaburan. Cumanya, perlu ada strategi pelaburan seperti menetapkan sasaran keuntungan dan menahan (‘retain’ atau ‘freeze’) keuntungan itu melalui kaedah ‘switching’.

carta

Contoh di atas adalah prestasi dana Public Islamic Equity Fund sepanjang tahun 2007. Katakan saya telah melabur pada 1 April 2007, dengan menetapkan sasaran pulangan sebanyak 15% (mudah mengetahui dengan laman Signal Invest!). Sasaran ini dicapai pada 10 Julai 2007 (sasaran pulangan amat penting dalam pelaburan unit amanah kerana sifat prestasinya yang turun naik). Apabila sasaran ini dicapai, saya pun membuat ‘switching’ ke dana ‘bond’ atau ‘money market’ (saya pernah membaca bahawa dana ‘money market’ memang diwujudkan untuk tujuan ‘switching’!) untuk ‘retain’ pulangan 15% tersebut. Sekiranya saya tidak membuat switching dan membiarkan pelaburan di dalam dana PIEF, pulangan saya akan merosot dan hilang pada pertengahan Ogos 2007! Namun prestasi dana kembali meningkat selepas itu dan melihat prestasi baik tersebut, saya ‘membuat ‘switching’ kembali ke ‘fund’ PIEF pada 12 September 2007 dengan sasaran pulangan 15% juga. Dan lihatlah! Pada 30 November 2007 sasaran tersebut dicapai! Ringkasnya, melalui kaedah ‘switching’ tersebut saya telah mendapat pulangan sebanyak 32% berbanding dengan 24% tanpa ‘switching’. Kenapa berpuas hati dengan 24% (yang sudah cukup lumayan sebenarnya!) sekiranya boleh memperolehi lebih dari itu? :D

Contoh di atas hanyalah sebagai penerangan. Saya belum melabur di dalam saham unit amanah pada tahun 2007, tetapi prestasi dana PIEF itu adalah yang sebenar yang saya ambil dari laman Public Mutual. Kaedah ‘switching’ ini juga tidak sesuai digunakan dalam semua keadaan. Terpulang kepada pelabur itu sendiri untuk mengkaji dan menganalisis keadaan semasa ekonomi dan pasaran saham yang sangat berkait rapat dengan prestasi pelaburan unit amanah.

17 responses to “Manipulasi Kaedah ‘Switching’ Untuk Memaksimakan Pulangan Unit Amanah

  1. apa yg saya faham dr posting anda ini adalah apabila kita membeli sesuatu unit amanah adalah perlu ada sesuatu sasaran keuntungan.Dlm cth ini adalah sasaran 15 %.Adakah saya betul??

    Bagaimana jika prestasi dana terus menurun,Berdasarkan graf prestasi PIEF yg dinyatakan dlm posting ini menunjukkan peratus pertumbuhan-naik/turun berasaskan harga unit,betulkan saya kalau saya salah.Adakah perlu membeli lebih banyak unit bila peratus makin menurun dan mengambil kesempatan pada harga unit murah supaya averaging price unit yang kita pegang menjadi lebih rendah??

    • Salam Azhar
      Sebarang pelaburan haruslah mempunyai sasaran. Contohnya apabila seseorang melabur di ASB, beliau sudah tahu bahawa pulangan tahunan adalah sekitar 6%-8% dan secara tidak langsung itulah sasaran pulangan pelaburan beliau. Sekiranya seseorang meletakkan sasaran pulangan pelaburan lebih dari 10% setahun, pastinya beliau tidak akan melabur di ASB. Sebaliknya, mungkin beliau akan melabur di dalam saham unit amanah kerana pelaburan unit amanah boleh dan memang terbukti dapat memberikan pulangan melebihi 10% setahun.
      Apabila melabur dalam unit amanah, perlu ada sasaran yang jelas, contohnya 12% setahun atau 50% dalam masa 3 tahun . Sasaran ini mungkin dicapai dalam masa 3 bulan, atau mungkin juga tidak dicapa terus! Prestasi saham unit amanah yang berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi semasa menyebabkan betapa pentingnya sasaran pulangan pelaburan itu. Sekiranya sasaran pulangan itu telah tercapai, pelabur bolehlah membuat keputusan selanjutnya, sama ada membiarkan terus di dalam ‘fund’ atau ‘switching’ ataupun ‘redeem’! Sekiranya sasaran pulangan tidak tercapai dalam jangkamasa waktu yang ditetapkan, strategi pelaburan perlulah difikirkan semula.
      Sekiranya prestasi dana terus menurun, anda perlu membandingkannya dengan prestasi ‘benchmark’ dan dana lain yang setara dengan dana tersebut. Sekiranya perbandingan menunjukkan prestasi yang serupa, maka DCA boleh digunakan selagi anda yakin dana tersebut masih relevan dengan matlamat pelaburan anda. Perkara ini ada disentuh dengan panjang-lebar dalam ‘entry’ saya yang bertajuk Perihal Dollar Cost Averaging. Harap ianya membantu!

  2. Tak berapa nak paham lah pulak….

  3. alangkah indah switching ini bila kita dapat jangka bila price akan turun dan naik..

  4. saya ada membuat pelaburan di public mutual.bila harga jatuh saya tidak terus switching sebaliknya saya tunggu utk melihat harga.di atas kejatuhan harga saya akan buat dca dari situ saya mendpt keuntungan 45% setakat ini.pelaburan saya bermula pd bln 11 2008

  5. saya amat suka dengan blog ini….saya harap saudara elmi teruskan perjuangan dgn pelaburan unit trust …..keep going..

  6. salam..so katakan sasaran adalah dlm 15% dan after few months tercapai, then utk mengekalkan profit ni,kite harus lock it by switching to bond or money market..soalan saya,perlu switch profit sahaja or switch all the units…then let say dana equity price jatuh, then baru kite switch balik ke dalam tersebut utk mendapat more units…boleh comment?
    terima kasih

    • wsalam… ye betul. kalau sudah mencapai sasaran, switch all the units lebih bagus. kemudian, bila harga fund jatuh, boleh lah switch semula ke fund equity. but, anda harus buat research sikit / baca tentang keadaan ekonomi untuk forecast bila kah masa yang sesuai untuk switch ke fund equity. sekiranya ekonomi masih dalam fasa merosot, jgn switch dulu. tunggu sehingga kemerosotan itu stabil (kemungkinan merosot semakin kecil dan kemungkinan pulih semakin besar) barulah anda switch. atau, ketika harga menurun anda switch in staggered amount (tidak sekaligus), iaitu dollar cost averaging.

  7. salam, kalau nak buat switching tapi kita belum buka akaun bond atau moneymarket boleh ke buat switching ke mohon pencerahan sikit

    • wsalam
      kalau nak switch ke akaun bond atau moneymarket, secara automatik anda kena buka akaun2 tersebut. kalau public mutual, bila sudah ada akaun bond/moneymarket, anda boleh switch online (kena buka akaun public mutual online). amat mudah sebenarnya..

      • slm, saya memang ada pelaburan dalam public mutual cuma saya confuse sikit pasal switching maknamye kita kena isi form untuk buka akaun bond atau money market atau kalau belum ada akaun tak boleh switching ke

      • Wsalam
        Kalau belum ada akaun, kena isi borang untuk buka akaun (minimum RM100 kalau tidak salah). Kemudian boleh lah switching ke akaun tersebut.

  8. slm, minta maaf banyak pula saya tanya. saya nak tanya tentang public islamic income fund, fund ni sesuai juga ke utk buat switching

  9. wslm. ya, PI INCOME adalah bond fund

  10. Bagaimana kita nak tahu turun naik harga unit amanah dr masa ke semasa?

  11. Sila jelaskan atau nasihat; bila keadaan ekonomi dijangka akan jatuh, mana yang lebih sesuai, sama ada switching atau jual balik semua unit. Tksh

    • CARA SAYA – Sekiranya pelaburan adalah untuk jangka masa panjang, lebih baik switching ke income fund contohnya. bila ekonomi seakan mula untuk pulih, boleh lah switch ke equity fund semula (sebab bila ekonomi jatuh, harga equity fund akan turun. maka, bila ekonomi seakan pulih kita ambil kesempatan beli harga unit uquity yang murah dan berpotensi untuk naik dengan segera).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s