Meninjau ke Hadapan…Ekonomi Malaysia 2010

salam, sekadar ingin menyisipkan berita terkini jangkaan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun depan.. Insya-Allah semakin pulih…. (dipetik dari Utusan Malaysia Online 7 Ogos 2009)

Ekonomi dijangka kukuh 2010

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang dijangka kekal pada negatif dua peratus tahun ini, bakal menyaksikan pemulihan kukuh pada 2010.

Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan Deutsche Bank, Prof Dr Norbert Walter berkata, bank itu menjangka pertumbuhan Malaysia akan pulih semula dan kembali kepada paras tiga peratus tahun depan.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak dijangka mencapai pertumbuhan lima peratus kerana pelaburan yang goyah.

Beliau berkata, Malaysia harus menumpu untuk menambah baik persekitaran pelaburan kerana penguncupan besar KDNK dalam suku pertama tahun ini disebabkan terutamanya pelaburan yang lemah.

“Pelaburan jatuh 10-11 peratus tahun-ke-tahun sejak dua suku lalu yang menyeret turun pertumbuhan negara,” katanya pada taklimat media di sini, hari ini.

Walter berkata, pemacu utama pertumbuhan KDNK Malaysia tahun depan dijangka datang daripada sokongan negara-negara Asia, terutamanya China dan India.

“Asia mencatatkan prestasi baik. Jadi anda dapat sokongan bagi ekonomi anda sendiri dengan menjalin hubungan rapat dengan ekonomi-ekonomi yang agak kukuh seperti India, Indonesia dan China,” katanya.

Walter, yang juga Pengarah Urusan Deutsche Bank Research menjangka Malaysia meningkatkan tahap tokokan nilai bagi menikmati pemulihan seterusnya sejajar dengan negara-negara maju.

Beliau berkata, meskipun negara-negara jiran tidak mempunyai tadbir urus yang baik dan prasarana berkualiti, mereka menjadi lebih menarik sekarang dan Malaysia akan ketinggalan jika ia tidak berganjak.

Walter berkata, Malaysia bertahan dengan baik semasa krisis-krisis kewangan Asia sebelum ini dan menambah beliau tidak terlalu bimbang dengan hala tuju negara.

Mengenai ekonomi global, Walter berkata, pertumbuhan dijangka turun tiga peratus tahun ini berikutan penurunan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam aktiviti sebenar dan kewangan.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan ekonomi global pulih pada 2011 dengan pertumbuhan 1.5 peratus disokong oleh kekukuhan pasaran baru muncul Asia. – BERNAMA

Pelaburan Saham Unit Amanah – Sekaranglah Masanya!

Salam,


Satu strategi pelaburan yang baik adalah melabur di masa yang sesuai. Bilakah masa yang sesuai itu? Banyak para penasihat pelaburan dan penganalisis pasaran saham menyarankan bahawa sepanjang tahun 2009 adalah masa yang amat sesuai untuk melabur untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangkamasa sederhana atau panjang. Kenapa 2009 adalah tahun yang baik untuk melabur dalam saham unit amanah? Krisis ekonomi Amerika Syarikat yang seterusnya turut menyebabkan krisis ekonomi dunia (Malaysia tidak terkecuali) bermula awal tahun 2008 telah menyebabkan harga-harga NAV hampir kesemua dana saham amanah di negara kita merosot dengan mendadak. Namun prestasi saham unit amanah secara amnya menunjukkan pemulihan bermula pada awal tahun 2009, seiring dengan pemulihan ekonomi global.


Penganalisi ekonomi meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi dunia pada 2009 akan terus menguncup (pertumbuhan negatif). Walaubagaimanapun, 2010 adalah tahun yang dilihat sebagai permulaan kepada pemulihan sebenar ekonomi dunia. Malaysian Institute of Economic Research dalam kenyataan bertarikh 16 Julai 2009 menganggarkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara akan menguncup pada kadar -4.4% dan meningkat kepada +2.8% pada tahun 2010. Sementara itu, pada 9 Julai 2009 International Monetary Fund telah mengeluarkan senarai terbaru anggaran kadar pertumbuhan eknomi bagi negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti berikut:



  • Amerika Syarikat (2009: -2.6%, 2010:+0.8%)

  • Jerman (2009: -6.2%, 2010:+0.6%)

  • Jepun (2009: -6.0%, 2010:+1.7%)

  • China (2009: +7.5%, 2010:+8.5%)

  • India (2009: +5.4%, 2010:+6.5%)

Wah.. apakah ertinya nombor-nombor tersebut? Saya sebagai pelabur biasa dan bukan pakar ekonomi membuat kesimpulan mudah (tapi berasas!) bahawa sungguhpun pertumbuhan ekonomi negara dan global akan terus perlahan pada tahun 2009, namun 2010 akan menyaksikan peningkatan pertumbuhan yang ketara. Pertumbuhan positif dijangka terus berlaku untuk tahun-tahun berikutnya (dijangka, kerana tiada siapa tahu bilakah pula krisis ekonomi seterusnya? Namun kajian menunjukkan ia berlaku sekitar setiap 10 tahun). Pertumbuhan ekonomi amat mempengaruhi keadaan pasaran saham, dan pelaburan unit amanah amat dipengaruhi oleh pasaran saham. Justeru, saya berazam untuk meningkatkan modal pelaburan saya pada tahun 2009 kerana saya berharap pertumbuhan ekonomi pada tahun-tahun mendatang akan memberikan pulangan yang lumayan kepada saya! Lebih-lebih lagi harga NAV kebanyakan dana unit amanah berada di bawah paras tertinggi disebabkan kemerosotan bermula tahun lalu, maka potensi untuk kembali ke paras asal dan terus melebihinya adalah sangat cerah!


Apakah anggaran kadar pertumbuhan di atas akan menjadi kenyataan? Tiada siapa yang tahu. Dan tiada siapa yang tahu juga akan rezeki kurniaan Allah kepada seseorang. Yang penting adalah usaha. Dan usaha yang terbaik adalah usaha yang disertakan dengan ilmu. Kerana itu saya sentiasa cuba memperolehi sebanyak mungkin maklumat yang sahih dan berasas sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan pelaburan saya. Selebihnya, bertawakal :)!

Manipulasi Kaedah ‘Switching’ Untuk Memaksimakan Pulangan Unit Amanah

Salam,

Saya seorang yang tidak gemar menunggu. Penantian adalah suatu penyeksaan.ūüôā. Saya suka berbuat sesuatu dengan sendiri selagi boleh dan mampu, dan selalunya hasil yang saya dapati adalah cepat dan menepati kehendak saya. Kerana itulah pelaburan saham unit amanah amat sesuai dengan personaliti saya. Ianya adalah pelaburan yang ‘fleksibel’, yakni boleh diurus¬†secara berubah-ubah mengikut strategi pelaburan yang dikehendaki. Bagi saya pelaburan ASB tidak ‘fleksibel’ kerana pulangannya hanyalah pengagihan dividen dan bonus di hujung tahun kewangan. Saya juga ada diperkenalkan dengan satu akaun simpanan-pelaburan dari CIMB iaitu Max Investsave PSSIA-i, suatu akaun simpanan yang menjanjikan (namun tidak semestinya! bergantung juga kepada prestasi pelaburan) pulangan 16% setahun. 16%! Mulanya saya sangat teruja memandang angka tersebut, namun apabila mengetahui bahawa saya harus menyimpan dan tidak boleh mengeluarkan simpanan selama sekurang-kurangnya 15 tahun, serta-merta minat saya berkurangan. Seperti yang saya katakan, saya benci menunggu, apatah lagi menunggu selama 15 tahun! Dan pulangan 16% belum tentu terjamin! Walaupun saya yakin¬†pihak bank CIMB telah membuat kajian sebelum mendapat angka 16% itu, saya berasakan pelaburan begini mungkin sesuai untuk orang lain, cuma bukan sayaūüôā.

Pelaburan unit amanah juga boleh memberikan pulangan 16% (lebih pun boleh!) setahun, dan tidak perlu pula menunggu selama 15 tahun untuk mengeluarkan wang pelaburan. Cumanya, perlu ada strategi pelaburan seperti menetapkan sasaran keuntungan dan menahan (‘retain’ atau ‘freeze’) keuntungan itu melalui kaedah ‘switching’.

carta

Contoh di atas adalah prestasi¬†dana Public Islamic Equity Fund sepanjang tahun 2007. Katakan saya telah melabur pada 1 April 2007, dengan menetapkan sasaran pulangan sebanyak 15% (mudah mengetahui dengan laman Signal Invest!). Sasaran ini dicapai pada 10 Julai 2007 (sasaran pulangan amat penting dalam pelaburan unit amanah kerana sifat prestasinya yang turun naik). Apabila sasaran ini dicapai, saya pun membuat ‘switching’ ke¬†dana ‘bond’ atau ‘money market’ (saya pernah membaca bahawa¬†dana ‘money market’ memang diwujudkan untuk tujuan ‘switching’!) untuk ‘retain’ pulangan 15% tersebut. Sekiranya saya tidak membuat switching dan membiarkan pelaburan di dalam¬†dana PIEF, pulangan saya akan merosot dan hilang pada pertengahan Ogos 2007! Namun prestasi¬†dana kembali meningkat selepas itu dan melihat prestasi baik tersebut, saya ‘membuat ‘switching’ kembali ke ‘fund’ PIEF pada 12 September 2007 dengan sasaran pulangan 15% juga. Dan lihatlah! Pada 30 November 2007 sasaran tersebut dicapai! Ringkasnya, melalui kaedah ‘switching’ tersebut saya telah mendapat pulangan sebanyak 32% berbanding dengan 24% tanpa ‘switching’. Kenapa berpuas hati dengan 24% (yang sudah cukup lumayan sebenarnya!) sekiranya boleh memperolehi lebih dari itu?ūüėÄ

Contoh di atas hanyalah sebagai penerangan. Saya belum melabur di dalam saham unit amanah pada tahun 2007, tetapi prestasi¬†dana PIEF itu adalah yang sebenar yang saya ambil dari laman Public Mutual. Kaedah ‘switching’ ini juga tidak sesuai digunakan dalam semua keadaan. Terpulang kepada pelabur itu sendiri untuk mengkaji dan menganalisis keadaan semasa ekonomi dan pasaran saham yang sangat berkait rapat dengan prestasi pelaburan unit amanah.

Ada Apa Dengan Dividen Saham Unit Amanah?

Salam,

Di kalangan orang kita, ASB adalah antara pelaburan pilihan. Mengapa? Kerana saban tahun pelaburan ASB akan memberikan pengagihan dividen dan bonus yang boleh dikatakan lumayan kepada pelabur-pelabur. Anggaran purata dividen ASB beberapa tahun kebelakangan ini adalah 6 sen-8 sen untuk seunit (kerana seunit ASB adalah tetap pada harga RM 1.oo, pulangannya adalah 6%-8%), dan terdapat juga bonus untuk pelabur yang telah melabur lebih dari 10 tahun.

Tujuan pelaburan adalah untuk mendapatkan pulangan. Kerana itu menyimpan wang di bawah tilam atau di dalam peti besi di rumah tidak dipanggil pelaburan, kerana pasti tiada pulangan.ūüôā. Seperti ASB, sesetengah pelaburan saham unit amanah turut memberikan pengagihan dividen walaupun tidak semua. ‘Fund’ Public Mutual seperti Public Islamic Dividend¬† dan Public Islamic Asia Dividend sebagai contoh, sememangnya mempunyai strategi pelaburan yang mensasarkan keuntungan dari perolehan dividen dan mengagihkan pulangan dalam bentuk dividen juga kepada pelabur. Sementara itu dana Public Mutual seperti Public Islamic Oppurtunities dan Public China Ittikal contohnya, tidak semestinya memberikan pelabur pengagihan dividen, sebaliknya strategi pelaburan lebih ditumpukan kepada pertumbuhan modal (‘capital gain’). Di sinilah pelaburan saham unit amanah berbeza dengan pelaburan ASB. Pelaburan ASB bergantung kepada pulangan berbentuk pengagihan dividen dan bonus semata-mata, sementara pelaburan saham unit amanah yang tidak tetap harga NAV nya memperoleh pulangan sama ada dari pertumbuhan modal (beza harga jualan dengan harga belian) sahaja, atau dari gabungan pertumbuhan modal dan pengagihan dividen untuk sesetengah dana.

Saya pernah terfikir bahawa pastinya pulangan serta-merta akan diperoleh sekiranya melabur ke dalam saham unit amanah beberapa hari sebelum pengagihan dividen. Bayangkan, saya boleh mengkaji tarikh setiap¬†dana melengkapkan tahun kewangannya dan mengisytiharkan pengagihan dividennya, dan saya boleh ‘switching’ dari satu¬†dana ke¬†dana yang seterusnya sebelum setiap tarikh pengisytiharan dividen, semata-mata untuk memperoleh pengagihan dividen. Betapa salahnya tanggapan saya! Mujurlah ada internet, tanggapan itu disangkal dalam masa 2 minit selepas saya memikirkan strategi ‘kotor’ itu. :p

Mengapa tanggapan saya berkenaan pulangan serta-merta itu  salah? Jawapannya adalah kerana saya tidak memahami sifat dividen itu. Dividen sebenarnya tidak menambah nilai harga unit pelaburan. Contohnya, dana ABC mengisythirkan dividen 5 sen untuk setiap unit. Nilai asal harga NAV seunit adalah RM1.00. Pengagihan dividen 5 sen itu akan mengurangkan harga NAV seunit kepada RM0.95 dan bukannya RM1.05! Dengan kata lain, ada atau tidak dividen, nilai pelaburan tidak berubah. Pengagihan dividen dilakukan hanya untuk mengimbangkan akaun kira-kira dana tersebut. Secara ringkasnya, itulah yang saya fahami melalui maklumat yang saya perolehi dari carian internet berkenaan dividen. Ianya cuma mengingatkan saya kembali kepada matlamat asal melabur ke dalam saham unit amanah: ianya adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang melalui pertumbuhan modal dan bukannya pelaburan atau skim cepat untung. :D!

Perihal ‘Dollar Cost Averaging’

Salam,

Saya gemar membaca. Buku, majalah, komik, suratkhabar, internet… apa sahaja bahan bacaan asalkan kandungannya menarik minat saya. Terdapat satu pepatah yang pernah saya baca yang berbunyi.. “it is well to read everything of something and something of everything” (lebih kurang bermaksud ‘bacalah sedikit atau bacalah banyak, asalkan membaca’). Namun kerana kesibukan kerja dan menguruskan kehidupan seharian, saya kurang membaca sekarang. Buku baru berkenaan pengurusan kewangan telah lama tidak saya beli. Akan tetapi, setiap bulan saya tetap membeli majalah ‘Personal Money’. Ianya merupakan majalah utama (dan yang cuma) saya beli sekarang ini. Saya banyak beroleh pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, pelaburan, cukai dan lain-lain perkara yang berkenaan wang melalui majalah tersebut.

Keluaran Jun 2009 yang lalu ada menyelitkan satu artikel dari pakar pengurusan kewangan & pelaburan Melayu tersohor Malaysia, Azizi Ali. Saya telah membaca 2 buku beliau iaitu ‘Jutawan Dari Planet Jupiter’ dan ‘Lahirnya Seorang¬†Jutawan’. Artikel beliau di dalam majalah ‘Personal Money’ menerangkan perihal cara terbaik mengamalkan ‘Dollar Cost Averaging’ (DCA).

Apa itu DCA? DCA ialah satu strategi pelaburan berkala ke dalam saham unit amanah, iaitu melabur atau membeli saham unit amanah¬†dengan jumlah yang sama pada setiap selang waktu yang tetap. Contohnya ialah melabur RM1,000 ke dalam¬†dana XYZ setiap bulan atau melabur RM10,000 ke dalam ‘fund’ ABC setiap 3 bulan. Tujuannya ialah membeli unit sesebuah¬†dana tanpa mengira prestasi turun naik dana tersebut. Sekiranya harga¬†unit dana itu turun, maka banyaklah unit yang diperolehi. Sebaliknya¬†jika melabur semasa harga unit¬†dana itu tinggi,¬†akan kuranglah unit diperolehi.¬†¬†Matlamat strategi ini adalah untuk mengurangkan kos pelaburan purata per unit yang seterusnya akan mengurangkan jumlah kos pelaburan.

Saya juga mengamalkan DCA. Namun saya berterimakasih kepada saudara Azizi Ali di atas tulisan artikel beliau. Beliau menasihatkan supaya pelabur tidak mengamalkan DCA secara membuta-tuli! Pada dasarnya, apabila seseorang pelabur¬†mengamalkan DCA, beliau akan terus melabur tanpa mengira prestasi turun naik dana tersebut kerana matlamat DCA adalah pengurangan kos pelaburan. Semakin rendah harga unit sesebuah dana itu, semakin baguslah DCA diamalkan kerana ianya akan merendahkan lagi kos pelaburan. Betulkah tanggapan ini? Saudara Azizi Ali menyatakan bahawa persepsi ini adalah kurang tepat! Beliau menasihatkan agar seseorang pelabur unit amanah memantau¬†dana yang dilabur, walaupun mengamalkan DCA. Sekiranya harga unit¬†dana tersebut merosot, kaji dahulu sebabnya. Adakah ianya selari dengan penanda aras (‘benchmark’) fund tersebut? Adakah¬†dana lain yang sama kategori dan strategi pelaburannya dengan¬†dana itu turut merosot? Kalau jawapan kepada 2 soalan itu adalah ya, maka boleh meneruskan DCA selagi matlamat pelaburan¬†dana tersebut menepati matlamat asal. Akan tetapi, jika¬†dana¬†merosot sedangkan penanda aras dan¬†dana lain setara sedang meningkat, bermakna perlulah difikirkan semula pelaburan di danatersebut. Mungkin lebih elok ‘switching’ atau ‘redeem’ sahaja!ūüôā

Begitu juga sekiranya harga unit¬†dana meningkat. Saudara Azizi Ali mengingatkan bahawa jangan terus menganggap bahawa prestasinya akan terus menaik! Sebaliknya, ulangi kaedah perbandingan dengan penanda aras dan ‘fund’ lain setara seperti yang diterangkan di atas. Takut-takut pula peningkatan prestasi¬†dana tersebut adalah sementara! Kalau keputusan perbandingan adalah baik, DCA boleh diteruskan kerana selagi harga unit¬†dana itu meningkat, begitu juga dengan pulangan pelaburan!ūüėÄ

Oh ya! Satu bacaan tambahan yang amat menarik berkenaan DCA di blog Irwan. Selamat membaca!

Menggunakan Laman ‘Signal Invest’ Untuk Memantau Pelaburan Unit Amanah

Salam,

Ramai sering beranggapan bahawa apabila telah melabur ke dalam unit amanah, bolehlah lepas tangan dan goyang kaki kerana pelaburan diuruskan oleh syarikat unit amanah 100%. Saya juga boleh beranggapan demikian, tetapi saya tidak mahu! Saya seorang yang ingin tahu (dan kurang sabar?) sekiranya ianya berkenaan dengan pelaburan wang saya. Wang saya! Kerana ianya wang saya, maka saya sangat ingin tahu akan prestasi pelaburannya dari masa ke semasa. Memang benar pelaburan diuruskan oleh syarikat unit amanah 100% dan saya tiada kuasa ke atasnya. Namun, saya ada kuasa untuk mengubah strategi pelaburan untuk memaksimakan pulangan dan ianya boleh dilakukan seberapa kerap yang diperlukan.

Atas sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas, apabila saya terjumpa (melalui carian internet, tiada siapa yang memberitahu saya!) laman ‘Signal Invest’ saya terus terpaut hati dengan kelebihan yang ditawarkan. Saya terus melanggan perkhidmatannya yang bernilai RM99 setahun (rangkaian ASTRO saya di rumah bernilai RM98 sebulan!) dan telah menggunapakai laman tersebut semenjak 1 setengah tahun yang lalu.

Apakah laman ‘Signal Invest’? Ianya adalah sebuah laman yang diusahakan oleh anak tempatan Malaysia. Ianya adalah sebuah laman yang membolehkan¬†saya memilih¬†dana unit amanah berdasarkan maklumat dan sejarah prestasi kesemua (ya, KESEMUA kerana laman ini dikemaskini dari masa ke semasa)¬†dana yang ada di Malaysia. Ianya membolehkan¬†saya memantau prestasi portfolio pelaburan unit amanah saya. Ianya membantu¬†saya merancang strategi pelaburan saya. Maklumat prestasi pelaburan¬†saya kini di hujung jari, dan oh ya, ada khidmat maklumat pelaburan¬† melalui SMS¬†juga! Apa yang saya perlu lakukan hanyalah memasukkan maklumat pelaburan seperti tarikh pelaburan,¬†dana yand dilabur, jumlah pelaburan dan¬†caj servis¬†yang dikenakan. Cuma 4 maklumat ini sahaja dan perkiraan yang lain iaitu jumlah unit pelaburan itu tadi dikira secara automatik berdasarkan harga NAV¬†dana tersebut pada tarikh pelaburan. Terdapat juga pilihan untuk semua transaksi lain yang berkaitan dengan unit amanah seperti ‘switching’ (penukaran dana), ‘transfer’ (pemindahan ke akaun orang lain) dan ‘redeem’ (pengeluaran pelaburan). Hebat bukan?ūüėÄ

8

Gambar di atas adalah salinan skrin¬†laman utama akaun ‘Signal Invest’ saya.

6

Gambar di atas adalah salinan skrin maklumat terperinci pelaburan dalam satu dana.

7

Gambar di atas adalah salinan skrin laman untuk mengubah transaksi (berguna untuk pembetulan!) dan memasukkan maklumat transaksi baru untuk satu dana.

Mengapa Pelaburan Unit Amanah Menjadi Pilihan Saya Ke Arah Kebebasan Kewangan

Salam,

Kesedaran saya terhadap kebebasan kewangan muncul pada suatu hari apabila kakak sulung (yang sangat saya kagumi kerana semasa membesar dia adalah salah seorang ‘role model’ saya yang utama) meminjamkan buku pengurusan kewangan tulisan Robert Kiyosaki bertajuk ‘Rich Dad, Poor Dad’. Membaca buku tersebut seolah-olah membuka dunia baru buat diri saya. Untuk pertama kalinya, saya melihat kekayaan itu adalah amat penting dan bukannya milik sesetengah orang sahaja. Kebetulan pada waktu itu saya mengalami masalah yang dialami oleh 90% (sekadar¬†anggaran kasar, namun saya pasti saya hampir tepat) rakyat Malaysia; duit gaji tidak mencukupi, hutang kad kredit bertimbun dan hampir tertunggak, manakala duit simpanan hanyalah di dalam KWSP!ūüė¶

Bermula dari hari tersebut, minat dan fokus saya hanyalah untuk menambahkan pengetahuan berkenaan pengurusan kewangan serta kebebasan kewangan. Sedikit demi sedikit (mengambil masa bertahun-tahun juga!) saya mengubah kedudukan kewangan saya. Saya pernah mencuba bidang MLM, namun tidak berhasil. Saya juga pernah terjerumus ke dalam skim ‘ponzi’ di internet (seakan akan SwissCash), mujurlah tidak rugi begitu banyak. Memang saya sedikit menyesal, namun banyak yang saya pelajari dan saya sedar semuanya saya lakukan kerana ingin mengukuhkan kedudukan kewangan saya.

Beberapa tahun lalu, saya berpindah kerja ke syarikat tempat saya bekerja sekarang ini. Ini juga merupakan usaha saya ke arah pengukuhan kewangan, kerana saya berjaya menggandakan gaji saya hampir 3 kali ganda berbanding di tempat kerja lama! Oleh yang demikian saya berupaya menyimpan lebih banyak berbanding sebelumnya! (Sebenarnya amat susah mendisiplinkan diri, kerana bila sudah mendapat gaji yang lebih banyak dari sebelumnya, bermacam-macam yang ingin dibeli! Namun saya berjaya :D) Saya amat gembira di tempat kerja saya yang baru. Persekitaran kerja yang profesional, syarikat yang kukuh, perlindungan kesihatan yang menyeluruh, latihan kerja yang berstruktur, peluang maju dan peningkatan gred yang sama rata…OK, memanglah ada perkara-perkara kecil yang mungkin boleh dipertingkatkan akan tetapi bagi saya, saya bersyukur dapat bekerja di sini.

Apa yang ingin saya perkatakan ialah: saya gemar bekerja. Saya tidak kisah bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang kerana saya suka ada jadual yang khusus untuk saya bekerja. Saya tidak kisah keluar rumah dan memandu ke tempat kerja kerana saya suka berpakaian segak dan bertemu dengan orang lain. Saya tidak kisah yang pendapatan saya setiap bulan adalah sama dan tidak berubah kerana ianya terjamin (tidak 100% terjamin, namun hampir) selagi saya memberikan khidmat yang dikehendaki syarikat saya. Saya seorang professional yang memegang ijazah di bidang saya, dan pada hemat saya, pekerjaan saya adalah perkara terbaik yang mampu saya lakukan. Saya tidak yakin saya boleh berjaya dalam perniagaan. Saya tidak yakin sekiranya saya menulis buku, buku itu akan laris. Saya pasti saya tidak akan mendapat royalti daripada lagu-lagu nyanyian saya kerana puteri saya yang berumur 2 tahun akan menangis sekiranya saya menyanyi. Saya juga belum cukup ilmu dan modal untuk bermain saham. 

Atas sebab-sebab yang saya nyatakan di ataslah saya merumuskan bahawa pelaburan unit amanah adalah satu-satunya cara untuk saya (buat masa ini!) untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan saya ke arah mencapai kebebasan kewangan. Ianya mudah kerana diuruskan oleh syarikat unit amanah. Ianya mudah kerana tidak memerlukan modal yang besar. Ianya mudah kerana mampu memberikan pulangan seperti bermain saham, tanpa pening kepala bermain saham. Ianya mudah kerana saya sendiri boleh memantau pelaburan saya, dengan bantuan internet.

Anda mungkin berkata, ‘ASB pun¬†mudah dan mampu¬†memberikan pulangan lumayan’. Ya, saya akui ASB juga merupakan pelaburan yang bagus (saya juga melabur di ASBūüôā ) tetapi¬†pelaburan unit amanah lebih mudah dimanipulasikan untuk memaksimakan pulangan¬†(namun risikonya juga adalah lebih tinggi untuk rugi. Tetapi, kalau tiada risiko, hidup tidak mencabar dan menarik! :D) Pelaburan adalah berkaitan dengan pulangan, dan fokus saya adalah untuk memaksimakan pulangan pelaburan sebanyak mungkin. Pelaburan ASB memberikan pulangan sekitar 6%-8% setahun, dan saya tidak melihat ianya akan berubah dengan banyak¬†pada masa yang akan datang. Manakala, pelaburan unit amanah BOLEH (bukan semestinya!) memberikan pulangan sehingga 20%-30% setahun! Hebat bukan?ūüėÄ