Al-Muqaddimah..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdullilah, sekiranya anda (anda ialah orang selain diri saya sendiriūüôā ) sedang membaca ‘entry’¬†ini maka secara rasminya telah bermulalah penerokaan saya dalam bidang ‘blogging’¬†kerana setiap ‘blog’ hendaklah dibaca oleh orang lain. Kalau tidak, bukanlah ‘blog’ namanya.

Kenapa saya memulakan ‘blog’ ini? Pada dasarnya, ia satu eksperimen dan penerokaan baru dalam hidup saya ini. Saya ingin menyampaikan buah fikiran saya kepada orang lain. Saya ingin berbicara dengan orang lain tentang perkara yang menarik minat dan perhatian saya. Saya ingin mengetahui pandangan orang lain dan mendengar idea-idea baru. Saya ingin mengasah ‘skill’ penulisan dalam bahasa ibunda. Saya ingin menguji disiplin diri saya, sejauh manakah saya boleh meneruskan minat untuk ¬†menulis ‘blog’ ini. Dan yang paling penting juga, saya ingin tahu adakah kandungan ‘blog’ saya boleh menarik minat orang lain untuk membaca serta¬†memberikan komen dan pendapat mereka.

Siapa saya? Saya adalah ‘daddy’ kepada seorang puteri berusia 2 tahun. Saya adalah suami kepada isteri yang amat cantik di mata saya (saya jatuh cinta pandang pertama padanya di usia 14 tahun). Kini saya bekerja sebagai seorang ‘professional’ di sebuah syarikat ‘multi-nasional’ yang besar. Saya berusia 32 tahun. Begitulah biodata ringkas saya, kalau lebih dari itu manalah tahu terbongkar pula identiti saya. Untuk setakat ini, biarlah rahsiaūüôā.

Apa kandungan ‘blog ini? Pada dasarnya, soalan ini cukup mudah saya jawab sebaik saya bercadang untuk memulakan ‘blog’ ini. Kajian ringkas saya di carian ‘Google’¬†rata-rata menasihatkan agar ‘blog’ seseorang¬†itu sebaiknya khusus (namun tidak terlalu khusus), ¬†¬†boleh menarik minat (kalau tidak, siapa yang hendak membacanya nanti kalau bukan penulisnya yang ‘syok’ sendiri) dan berkaitan dengan sesuatu yang menjadi minat penulis. Kalau berkenaan minat, sebenarnya banyak juga yang boleh ditulis. Namun, kalau nanti saya menulis tentang sukan tenis, melancong, filem, buku, fotografi dan lain-lain lagi minat saya, sudah tentulah ‘blog’ ini tidak khusus lagi. Seperti yang saya tulis di atas, serta-merta saya terfikir untuk menjurus ke arah minat saya yang terbesar ketika ini… PELABURAN¬†UNIT AMANAH @ ‘UNIT TRUST INVESTMENT’… Ya, itulah minat dan fokus saya selama 2 tahun kebelakangan ini. Saya mengimpikan KEBEBASAN KEWANGAN @ ‘FINANCIAL FREEDOM’ dan saya akan mencapainya melalui PELABURAN¬†UNIT AMANAH @ ‘UNIT TRUST INVESTMENT’.

Kenapa¬†unit amanah @ ‘unit trust’? Kerana ianya pelaburan yang mudah, dan semenjak akhir-akhir ini ianya semakin mudah dengan bantuan internet. Selain dari mudah, ianya boleh memberikan pulangan yang lumayan dengan strategi dan perancangan pelaburan yang betul. Saya sukakan pekerjaan saya sekarang ini, dan saya belum bersedia untuk memulakan perniagaan. Saya juga tidak yakin untuk bermain saham sendiri. Maka atas sebab-sebab ini saya fikir (‘saya yakin’ mungkin lebih tepat)¬†unit amanah adalah cara terbaik untuk saya melabur wang simpanan saya¬† untuk merealisasikan impian saya ke arah kebebasan kewangan. Mungkin di masa hadapan saya akan nampak cara lain yang lebih berkesan, namun untuk sekarang, saya fokus dengan¬†pelaburan unit¬†amanah.

Siapa sasaran pembaca ‘blog’ saya? Pada dasarnya, blog ini disasarkan kepada pembaca Melayu kerana tidak banyak bahan tentang saham amanah @ ‘unit trust’ saya jumpa di internet yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Kerana itu saya memilih untuk menulis dalam Bahasa Melayu, walaupun sesetengah perkataaan yang lebih sesuai ditulis dalam ‘English’ akan kekal digunakan dalam ‘English’. Saya boleh bertutur dan menulis dalam ‘English’ dengan baik (malulah kalau tidak pandai walaupun menghabiskan masa 3 tahun belajar di UK!), namun saya bosan bertutur dan menulis dalam ‘English’.¬†Mungkin kerana¬†di pejabat bahasa pengantarnya adalah ‘English’. Penulisan Bahasa Melayu telah lama saya tinggalkan (kali terakhir secara serius adalah semasa SPM 15 tahun yang lalu!). Maka sebab itu saya berazam¬†menulis sebaiknya dalam Bahasa Melayu. Harap-harapnya mudah difahami oleh semua.

Cukuplah ‘entry’ pertama saya. Awalnya mahu ditulis secara ringkas sahaja, namun tidak disangka berjela-jela jadinya (mungkinkah melepas gian menulis dalam Bahasa Melayu setelah sekian lama?ūüôā ). Dalam ‘entry’ seterusnya, akan diperincikan lagi berkenaan PELABURAN¬†UNIT AMANAH @ ‘UNIT TRUST INVESTMENT’ KE ARAH KEBEBASAN KEWANGAN. Saya akhiri ‘entry’ ini dengan¬†satu ungkapan buat renungan… “persediaan pada hari ini menentukan kejayaan esok hari”… Wassalam.

One response to “Al-Muqaddimah..

  1. terima kasih kerana memulakan blog ini. saya pun baru nk memulakan pelaburan dan tercari2 idea utk nk melabur ni .. teruskan menulis dan berkongsi idea yer. wlsm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s