Pelaburan Unit Amanah Saya

Salam,

Saya tidak akan menyusahkan diri saya dengan menerangkan apakah yang dinamakan sebagai unit amanah itu. Jika itu yang anda cari, maka anda berada di tempat yang salah. Anda boleh mengenali dan memahami unit amanah dengan mencarinya dari sumber lain yang begitu banyak di internet (contohnya, di blog Pakdi). Maklumat yang ingin saya kongsikan di sini adalah lebih terperinci: pelaburan unit amanah saya sendiri. Namun sebelum itu, ingin saya tegaskan bahawa sebarang maklumat yang saya berikan dan juga maklumat-maklumat lain dari ‘blog’ ini (mungkin bukan dari saya, tetapi dari pembaca-pembaca… ehem… ada pembaca kah?🙂 ) hanyalah sebagai perkongsian maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat atau panduan untuk pelaburan unit amanah anda. Sekiranya anda inginkan nasihat dan panduan, silalah merujuk kepada pakar ataupun ejen unit amanah. Saya hanyalah seorang pelabur biasa yang hanya ingin berkongsi maklumat pelaburan saya.

Baiklah, saya telah menyatakan ‘disclaimer’ untuk melindungi diri saya. Sekarang kembali ke tujuan asal, iaitu pelaburan unit amanah saya.

Saya melabur menggunakan wang simpanan dari gaji saya, wang Akaun 1 KWSP serta wang Akaun 2 KWSP. Anda hairan berkenaan dengan wang KWSP itu? Wang Akaun 1 KWSP ialah wang yang diperuntukkan oleh KWSP untuk pelaburan dan ianya adalah 20% daripada baki setelah ditolak dari ‘simpanan asas’ Akaun 1 KWSP. Saya tidak akan menerima wang ini sebelum umur saya 50 tahun. Wang Akaun 2 KWSP itu pula sebenarnya adalah wang yang diperuntukkan oleh KWSP untuk pembayaran ansuran bulanan pinjaman rumah. Saya mengeluarkan wang tersebut tetapi kerana penggunaannya tidak terbatas kepada membayar ansuran pinjaman rumah, saya melaburkannya di dalam unit amanah. Sementara itu, saya memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bersih saya untuk dilaburkan di dalam unit amanah.

Terdapat banyak syarikat unit amanah di Malaysia, namun saya hanya melabur di dalam 2 syarikat, iaitu Public Mutual dan CIMB. Namun saya terfikir untuk memindahkan pelaburan saya dari CIMB ke Public Mutual. Saya amat yakin dengan Public Mutual kerana ianya adalah syarikat unit amanah terbesar di Malaysia dan telah banyak memenangi anugerah. Selain itu, saya boleh melabur secara ‘online’ (namun sedikit kecewa kerana caj servis masih kekal 5.5%!) dan di samping banyak maklumat-maklumat pelaburan di ‘website’nya.

Anda mungkin tidak percaya, tetapi saya memantau pelaburan saya dengan tepat dan terperinci setiap hari. Saya sebenarnya dibantu oleh ‘website’ Signal Invest yang dilanggan sebanyak RM99 setahun. Melalui ‘website’ ini, saya memantau pelaburan saya seolah-olah saya bermain saham (memang saya bercita-cita bermain saham suatu hari nanti setelah cukup ilmu dan modal🙂 ). Kalau dulu, pelabur unit amanah amat bergantung terhadap ejen unit amanah atau penyata pelaburan untuk mengetahui status pelaburan mereka. Namun akuilah, cara tersebut tidak menyelesakan serta lambat.

Ini adalah salinan skrin portfolio’ pelaburan dari laman akaun  Signal Invest saya.

1

Anda dapat melihat ringkasan pelaburan serta carta pai ‘porfolio’ pelaburan anda pada laman tersebut, dan ianya dikemaskini setiap hari berdasarkan harga terkini NAV unit amanah anda! Hebat bukan :p !

5 responses to “Pelaburan Unit Amanah Saya

  1. ermm..
    leh trgkan dgn lebih lajut tntg public mutual?

  2. beruang miskin

    Saya sangat sokong dengan saudara pelaburan terbaik ialah Public mutual dan yang kedua ialah PNB. Nak kong si pengalaman saya pada tahun 2007 saya telah mengeluarkan EPF saya 10k dan labur di Public mutual dan sekarang statement saya menunjuk amount yg saya dapat sehingga DEC 2010 ialah 15,600. Lebih baik dari ASB… Kalau nak kaya cepat masuk Bursa saham tetapi risikonya cepat lingkup… Just my 2 cent..

  3. hi bagus juga dapat jumpa web anda. i juga dlm journey menuju financial freedom ( but still far away hehehe)…

    anyway, boleh saya bertanya….how much return you get from public mutual and whic fund? saya bercadang untuk diversified my investment… so far i just invest in cimb and return wuite good because to years i alraidy gain 43% profit from total amount i invest🙂

    adakah public give more? sbb i tgk byk org invest in public but when i try to check out the performance using signal invest the return seem to be lower than cimb… tp kerana byk org invest di public jadi agak berminat utk mulakan diversifikasi pelaburan saya hihihi

  4. Tahniah kerana anda telah membuat tindakan yang tepat untuk jaminan masa depan anda.
    Sila klik url ini untuk dapatkan pretasi semasa dana terbaik Public Mutual dan CIMB

  5. Saya rasa meletakkan duit dlm dali equity theme bkn tindakan yang tepat. Saya blh suggest fund lain yg lebih perform dlm cimb. Mcm mana blh sy hubungi tuan? Email saya di zunaidi.ahmad@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s