Mengapa Pelaburan Unit Amanah Menjadi Pilihan Saya Ke Arah Kebebasan Kewangan

Salam,

Kesedaran saya terhadap kebebasan kewangan muncul pada suatu hari apabila kakak sulung (yang sangat saya kagumi kerana semasa membesar dia adalah salah seorang ‘role model’ saya yang utama) meminjamkan buku pengurusan kewangan tulisan Robert Kiyosaki bertajuk ‘Rich Dad, Poor Dad’. Membaca buku tersebut seolah-olah membuka dunia baru buat diri saya. Untuk pertama kalinya, saya melihat kekayaan itu adalah amat penting dan bukannya milik sesetengah orang sahaja. Kebetulan pada waktu itu saya mengalami masalah yang dialami oleh 90% (sekadar anggaran kasar, namun saya pasti saya hampir tepat) rakyat Malaysia; duit gaji tidak mencukupi, hutang kad kredit bertimbun dan hampir tertunggak, manakala duit simpanan hanyalah di dalam KWSP!😦

Bermula dari hari tersebut, minat dan fokus saya hanyalah untuk menambahkan pengetahuan berkenaan pengurusan kewangan serta kebebasan kewangan. Sedikit demi sedikit (mengambil masa bertahun-tahun juga!) saya mengubah kedudukan kewangan saya. Saya pernah mencuba bidang MLM, namun tidak berhasil. Saya juga pernah terjerumus ke dalam skim ‘ponzi’ di internet (seakan akan SwissCash), mujurlah tidak rugi begitu banyak. Memang saya sedikit menyesal, namun banyak yang saya pelajari dan saya sedar semuanya saya lakukan kerana ingin mengukuhkan kedudukan kewangan saya.

Beberapa tahun lalu, saya berpindah kerja ke syarikat tempat saya bekerja sekarang ini. Ini juga merupakan usaha saya ke arah pengukuhan kewangan, kerana saya berjaya menggandakan gaji saya hampir 3 kali ganda berbanding di tempat kerja lama! Oleh yang demikian saya berupaya menyimpan lebih banyak berbanding sebelumnya! (Sebenarnya amat susah mendisiplinkan diri, kerana bila sudah mendapat gaji yang lebih banyak dari sebelumnya, bermacam-macam yang ingin dibeli! Namun saya berjaya :D) Saya amat gembira di tempat kerja saya yang baru. Persekitaran kerja yang profesional, syarikat yang kukuh, perlindungan kesihatan yang menyeluruh, latihan kerja yang berstruktur, peluang maju dan peningkatan gred yang sama rata…OK, memanglah ada perkara-perkara kecil yang mungkin boleh dipertingkatkan akan tetapi bagi saya, saya bersyukur dapat bekerja di sini.

Apa yang ingin saya perkatakan ialah: saya gemar bekerja. Saya tidak kisah bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang kerana saya suka ada jadual yang khusus untuk saya bekerja. Saya tidak kisah keluar rumah dan memandu ke tempat kerja kerana saya suka berpakaian segak dan bertemu dengan orang lain. Saya tidak kisah yang pendapatan saya setiap bulan adalah sama dan tidak berubah kerana ianya terjamin (tidak 100% terjamin, namun hampir) selagi saya memberikan khidmat yang dikehendaki syarikat saya. Saya seorang professional yang memegang ijazah di bidang saya, dan pada hemat saya, pekerjaan saya adalah perkara terbaik yang mampu saya lakukan. Saya tidak yakin saya boleh berjaya dalam perniagaan. Saya tidak yakin sekiranya saya menulis buku, buku itu akan laris. Saya pasti saya tidak akan mendapat royalti daripada lagu-lagu nyanyian saya kerana puteri saya yang berumur 2 tahun akan menangis sekiranya saya menyanyi. Saya juga belum cukup ilmu dan modal untuk bermain saham. 

Atas sebab-sebab yang saya nyatakan di ataslah saya merumuskan bahawa pelaburan unit amanah adalah satu-satunya cara untuk saya (buat masa ini!) untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan saya ke arah mencapai kebebasan kewangan. Ianya mudah kerana diuruskan oleh syarikat unit amanah. Ianya mudah kerana tidak memerlukan modal yang besar. Ianya mudah kerana mampu memberikan pulangan seperti bermain saham, tanpa pening kepala bermain saham. Ianya mudah kerana saya sendiri boleh memantau pelaburan saya, dengan bantuan internet.

Anda mungkin berkata, ‘ASB pun mudah dan mampu memberikan pulangan lumayan’. Ya, saya akui ASB juga merupakan pelaburan yang bagus (saya juga melabur di ASB🙂 ) tetapi pelaburan unit amanah lebih mudah dimanipulasikan untuk memaksimakan pulangan (namun risikonya juga adalah lebih tinggi untuk rugi. Tetapi, kalau tiada risiko, hidup tidak mencabar dan menarik! :D) Pelaburan adalah berkaitan dengan pulangan, dan fokus saya adalah untuk memaksimakan pulangan pelaburan sebanyak mungkin. Pelaburan ASB memberikan pulangan sekitar 6%-8% setahun, dan saya tidak melihat ianya akan berubah dengan banyak pada masa yang akan datang. Manakala, pelaburan unit amanah BOLEH (bukan semestinya!) memberikan pulangan sehingga 20%-30% setahun! Hebat bukan?😀

One response to “Mengapa Pelaburan Unit Amanah Menjadi Pilihan Saya Ke Arah Kebebasan Kewangan

  1. saya setuju..unit amanah adalah antara instrumen yg terbaik untuk menyimpan atau melabur dgn tujuan untuk menggandakan wang kita.Untuk mem’beranak’ kan duit kita diversification perlu dibuat. yg penting pelaburan dlm unit amanah jelas di mana ia dilaburkan mengikut pillihan dana🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s