Menggunakan Laman ‘Signal Invest’ Untuk Memantau Pelaburan Unit Amanah

Salam,

Ramai sering beranggapan bahawa apabila telah melabur ke dalam unit amanah, bolehlah lepas tangan dan goyang kaki kerana pelaburan diuruskan oleh syarikat unit amanah 100%. Saya juga boleh beranggapan demikian, tetapi saya tidak mahu! Saya seorang yang ingin tahu (dan kurang sabar?) sekiranya ianya berkenaan dengan pelaburan wang saya. Wang saya! Kerana ianya wang saya, maka saya sangat ingin tahu akan prestasi pelaburannya dari masa ke semasa. Memang benar pelaburan diuruskan oleh syarikat unit amanah 100% dan saya tiada kuasa ke atasnya. Namun, saya ada kuasa untuk mengubah strategi pelaburan untuk memaksimakan pulangan dan ianya boleh dilakukan seberapa kerap yang diperlukan.

Atas sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas, apabila saya terjumpa (melalui carian internet, tiada siapa yang memberitahu saya!) laman ‘Signal Invest’ saya terus terpaut hati dengan kelebihan yang ditawarkan. Saya terus melanggan perkhidmatannya yang bernilai RM99 setahun (rangkaian ASTRO saya di rumah bernilai RM98 sebulan!) dan telah menggunapakai laman tersebut semenjak 1 setengah tahun yang lalu.

Apakah laman ‘Signal Invest’? Ianya adalah sebuah laman yang diusahakan oleh anak tempatan Malaysia. Ianya adalah sebuah laman yang membolehkan saya memilih dana unit amanah berdasarkan maklumat dan sejarah prestasi kesemua (ya, KESEMUA kerana laman ini dikemaskini dari masa ke semasa) dana yang ada di Malaysia. Ianya membolehkan saya memantau prestasi portfolio pelaburan unit amanah saya. Ianya membantu saya merancang strategi pelaburan saya. Maklumat prestasi pelaburan saya kini di hujung jari, dan oh ya, ada khidmat maklumat pelaburan  melalui SMS juga! Apa yang saya perlu lakukan hanyalah memasukkan maklumat pelaburan seperti tarikh pelaburan, dana yand dilabur, jumlah pelaburan dan caj servis yang dikenakan. Cuma 4 maklumat ini sahaja dan perkiraan yang lain iaitu jumlah unit pelaburan itu tadi dikira secara automatik berdasarkan harga NAV dana tersebut pada tarikh pelaburan. Terdapat juga pilihan untuk semua transaksi lain yang berkaitan dengan unit amanah seperti ‘switching’ (penukaran dana), ‘transfer’ (pemindahan ke akaun orang lain) dan ‘redeem’ (pengeluaran pelaburan). Hebat bukan?😀

8

Gambar di atas adalah salinan skrin laman utama akaun ‘Signal Invest’ saya.

6

Gambar di atas adalah salinan skrin maklumat terperinci pelaburan dalam satu dana.

7

Gambar di atas adalah salinan skrin laman untuk mengubah transaksi (berguna untuk pembetulan!) dan memasukkan maklumat transaksi baru untuk satu dana.

2 responses to “Menggunakan Laman ‘Signal Invest’ Untuk Memantau Pelaburan Unit Amanah

  1. i think this is one of the best method.anyway could u pls give me how to register & the service charge all abaout?.

  2. adakah signal invest sama dengan cams servis?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s