Perihal ‘Dollar Cost Averaging’

Salam,

Saya gemar membaca. Buku, majalah, komik, suratkhabar, internet… apa sahaja bahan bacaan asalkan kandungannya menarik minat saya. Terdapat satu pepatah yang pernah saya baca yang berbunyi.. “it is well to read everything of something and something of everything” (lebih kurang bermaksud ‘bacalah sedikit atau bacalah banyak, asalkan membaca’). Namun kerana kesibukan kerja dan menguruskan kehidupan seharian, saya kurang membaca sekarang. Buku baru berkenaan pengurusan kewangan telah lama tidak saya beli. Akan tetapi, setiap bulan saya tetap membeli majalah ‘Personal Money’. Ianya merupakan majalah utama (dan yang cuma) saya beli sekarang ini. Saya banyak beroleh pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, pelaburan, cukai dan lain-lain perkara yang berkenaan wang melalui majalah tersebut.

Keluaran Jun 2009 yang lalu ada menyelitkan satu artikel dari pakar pengurusan kewangan & pelaburan Melayu tersohor Malaysia, Azizi Ali. Saya telah membaca 2 buku beliau iaitu ‘Jutawan Dari Planet Jupiter’ dan ‘Lahirnya Seorang Jutawan’. Artikel beliau di dalam majalah ‘Personal Money’ menerangkan perihal cara terbaik mengamalkan ‘Dollar Cost Averaging’ (DCA).

Apa itu DCA? DCA ialah satu strategi pelaburan berkala ke dalam saham unit amanah, iaitu melabur atau membeli saham unit amanah dengan jumlah yang sama pada setiap selang waktu yang tetap. Contohnya ialah melabur RM1,000 ke dalam dana XYZ setiap bulan atau melabur RM10,000 ke dalam ‘fund’ ABC setiap 3 bulan. Tujuannya ialah membeli unit sesebuah dana tanpa mengira prestasi turun naik dana tersebut. Sekiranya harga unit dana itu turun, maka banyaklah unit yang diperolehi. Sebaliknya jika melabur semasa harga unit dana itu tinggi, akan kuranglah unit diperolehi.  Matlamat strategi ini adalah untuk mengurangkan kos pelaburan purata per unit yang seterusnya akan mengurangkan jumlah kos pelaburan.

Saya juga mengamalkan DCA. Namun saya berterimakasih kepada saudara Azizi Ali di atas tulisan artikel beliau. Beliau menasihatkan supaya pelabur tidak mengamalkan DCA secara membuta-tuli! Pada dasarnya, apabila seseorang pelabur mengamalkan DCA, beliau akan terus melabur tanpa mengira prestasi turun naik dana tersebut kerana matlamat DCA adalah pengurangan kos pelaburan. Semakin rendah harga unit sesebuah dana itu, semakin baguslah DCA diamalkan kerana ianya akan merendahkan lagi kos pelaburan. Betulkah tanggapan ini? Saudara Azizi Ali menyatakan bahawa persepsi ini adalah kurang tepat! Beliau menasihatkan agar seseorang pelabur unit amanah memantau dana yang dilabur, walaupun mengamalkan DCA. Sekiranya harga unit dana tersebut merosot, kaji dahulu sebabnya. Adakah ianya selari dengan penanda aras (‘benchmark’) fund tersebut? Adakah dana lain yang sama kategori dan strategi pelaburannya dengan dana itu turut merosot? Kalau jawapan kepada 2 soalan itu adalah ya, maka boleh meneruskan DCA selagi matlamat pelaburan dana tersebut menepati matlamat asal. Akan tetapi, jika dana merosot sedangkan penanda aras dan dana lain setara sedang meningkat, bermakna perlulah difikirkan semula pelaburan di danatersebut. Mungkin lebih elok ‘switching’ atau ‘redeem’ sahaja!🙂

Begitu juga sekiranya harga unit dana meningkat. Saudara Azizi Ali mengingatkan bahawa jangan terus menganggap bahawa prestasinya akan terus menaik! Sebaliknya, ulangi kaedah perbandingan dengan penanda aras dan ‘fund’ lain setara seperti yang diterangkan di atas. Takut-takut pula peningkatan prestasi dana tersebut adalah sementara! Kalau keputusan perbandingan adalah baik, DCA boleh diteruskan kerana selagi harga unit dana itu meningkat, begitu juga dengan pulangan pelaburan!😀

Oh ya! Satu bacaan tambahan yang amat menarik berkenaan DCA di blog Irwan. Selamat membaca!

5 responses to “Perihal ‘Dollar Cost Averaging’

  1. menarik . .terima kasih kerana berkongsi tip ini..

  2. komen pertama blog saya! alhamdulillah, terima kasih saudara azhar. teruskan membaca blog saya, insya-Allah saya akan menulis pelbagai lagi artikel berkenaan pelaburan unit amanah…

  3. Salam,
    DCA bagus untuk:
    1. Disiplinkan diri pelabur utk melabur secara berkala,
    2. Tuan punya dan ejen saham amanah sebab tiap-tiap bulan kita beli saham diaorang.
    DCA tak bagus untuk,
    1. Perolehi untung besar.
    2. Melabur masa saham meningkat, sedangkan kebanyakan saham akan meningkat over time.

    Dalam kebanyakan situasi dan kalau ada duit dan ilmu pelaburan, beli lumpsum lagi baik.

    My 2 sen.

  4. Salam Greenlava!
    Ya, saya setuju dengan pendapat anda. DCA adalah strategi untuk diamalkan bagi pelabur yang baru berkecimpung dalam pelaburan saham unit amanah. Setelah lebih memahami kaedah-kaedah terbaik untuk melabur dan juga keadaan pasaran saham, pilihan strategi pelaburan adalah di tangan pelabur. Dalam keadaan ekonomi sekarang yang baru hendak pulih dari kemerosotan, lebih elok sekiranya melabur secara pukal (lump sum), namun bergantung kepada modal pelabur. Apa pun, DCA atau tidak, asalkan melabur!🙂

  5. I think the best investment ever is ‘Investing in Yourself”, then practice the knowledge to see where you stand, samada perlu tambah ilmu lagi atau tak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s