Ada Apa Dengan Dividen Saham Unit Amanah?

Salam,

Di kalangan orang kita, ASB adalah antara pelaburan pilihan. Mengapa? Kerana saban tahun pelaburan ASB akan memberikan pengagihan dividen dan bonus yang boleh dikatakan lumayan kepada pelabur-pelabur. Anggaran purata dividen ASB beberapa tahun kebelakangan ini adalah 6 sen-8 sen untuk seunit (kerana seunit ASB adalah tetap pada harga RM 1.oo, pulangannya adalah 6%-8%), dan terdapat juga bonus untuk pelabur yang telah melabur lebih dari 10 tahun.

Tujuan pelaburan adalah untuk mendapatkan pulangan. Kerana itu menyimpan wang di bawah tilam atau di dalam peti besi di rumah tidak dipanggil pelaburan, kerana pasti tiada pulangan.šŸ™‚. Seperti ASB, sesetengah pelaburan saham unit amanah turut memberikan pengagihan dividen walaupun tidak semua. ‘Fund’ Public Mutual seperti Public Islamic DividendĀ  dan Public Islamic Asia Dividend sebagai contoh, sememangnya mempunyai strategi pelaburan yang mensasarkan keuntungan dari perolehan dividen dan mengagihkan pulangan dalam bentuk dividen juga kepada pelabur. Sementara itu dana Public Mutual seperti Public Islamic Oppurtunities dan Public China Ittikal contohnya, tidak semestinya memberikan pelabur pengagihan dividen, sebaliknya strategi pelaburan lebih ditumpukan kepada pertumbuhan modal (‘capital gain’). Di sinilah pelaburan saham unit amanah berbeza dengan pelaburan ASB. Pelaburan ASB bergantung kepada pulangan berbentuk pengagihan dividen dan bonus semata-mata, sementara pelaburan saham unit amanah yang tidak tetap harga NAV nya memperoleh pulangan sama ada dari pertumbuhan modal (beza harga jualan dengan harga belian) sahaja, atau dari gabungan pertumbuhan modal dan pengagihan dividen untuk sesetengah dana.

Saya pernah terfikir bahawa pastinya pulangan serta-merta akan diperoleh sekiranya melabur ke dalam saham unit amanah beberapa hari sebelum pengagihan dividen. Bayangkan, saya boleh mengkaji tarikh setiapĀ dana melengkapkan tahun kewangannya dan mengisytiharkan pengagihan dividennya, dan saya boleh ‘switching’ dari satuĀ dana keĀ dana yang seterusnya sebelum setiap tarikh pengisytiharan dividen, semata-mata untuk memperoleh pengagihan dividen. Betapa salahnya tanggapan saya! Mujurlah ada internet, tanggapan itu disangkal dalam masa 2 minit selepas saya memikirkan strategi ‘kotor’ itu. :p

Mengapa tanggapan saya berkenaan pulangan serta-merta ituĀ  salah? Jawapannya adalah kerana saya tidak memahami sifat dividen itu. Dividen sebenarnya tidak menambah nilai harga unit pelaburan. Contohnya,Ā dana ABC mengisythirkan dividen 5 sen untuk setiap unit. Nilai asal harga NAV seunit adalah RM1.00. Pengagihan dividen 5 sen itu akan mengurangkan harga NAV seunit kepada RM0.95 dan bukannya RM1.05! Dengan kata lain, ada atauĀ tidak dividen, nilai pelaburan tidak berubah.Ā Pengagihan dividen dilakukan hanya untuk mengimbangkan akaun kira-kiraĀ dana tersebut. Secara ringkasnya, itulah yang saya fahami melaluiĀ maklumat yang saya perolehi dari carian internet berkenaan dividen. Ianya cuma mengingatkan saya kembali kepada matlamat asal melabur ke dalamĀ saham unit amanah:Ā ianya adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang melalui pertumbuhan modalĀ dan bukannya pelaburan atau skim cepat untung. :D!

6 responses to “Ada Apa Dengan Dividen Saham Unit Amanah?

  1. Pengagihan dividen akan menyebabkan bilangan unit dalam saham amanah yang kita langgan bertambah dan harga NAV berkurang..

    teruskan menulis..saya berminat utk terus membaca..ada link blog ini dr blog saya..

    anda unit trust consultant???sekadar bertanya..tak jawab pun tak pe..

  2. Terima kasih Azhar!

    Bukan, saya bukan konsultan atau ejen unit amanah. Saya cuma pelabur biasa yang cuba untuk menambahkan ilmu pelaburan unit amanah melalui pembacaan. Harap boleh menyumbangkan nasihat dan berkongsi ilmu pelaburan.

    Oh ya! Saya juga akan meletakkan pautan blog saudara di blog saya ini.šŸ™‚

  3. saya adalah agent kpd public mutual.di samping itu saya juga membuat pelaburan.Sebelum ini saya dan suami menyimpan di asb.ttp setelah menjadi agent dan fahami sendiri saya merasakan selama beberapa thn ini rasa rugi pula kerana pd thn 2007 dividen + harga boleh mendpt pulangan sehingga 50% sethn

  4. sekarang banyak bank memasarkan unit amanah. terbaru BANK RAKYAT n the latest one dr OCBC Al-Amin.

  5. Dear friends, welcome to visit my blog, thank you ę·˜å®å–ä»€ä¹ˆå„½.

  6. SEMUA institusi unit amanah adalah yang terbaik..pemantauan ejen juga penting…bukan “menyusahkan @ melambatkan”…(correction)…tahniah kepada anda..kerana mendalami unit amanah…namun sedikit teguran untuk anda…anda perlu diversify pelaburan anda…bukan setakat di Public Mutual semata-mata/CIMB…(“don’t put eggs in one basket”)…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s