Pelaburan Saham Unit Amanah – Sekaranglah Masanya!

Salam,


Satu strategi pelaburan yang baik adalah melabur di masa yang sesuai. Bilakah masa yang sesuai itu? Banyak para penasihat pelaburan dan penganalisis pasaran saham menyarankan bahawa sepanjang tahun 2009 adalah masa yang amat sesuai untuk melabur untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangkamasa sederhana atau panjang. Kenapa 2009 adalah tahun yang baik untuk melabur dalam saham unit amanah? Krisis ekonomi Amerika Syarikat yang seterusnya turut menyebabkan krisis ekonomi dunia (Malaysia tidak terkecuali) bermula awal tahun 2008 telah menyebabkan harga-harga NAV hampir kesemua dana saham amanah di negara kita merosot dengan mendadak. Namun prestasi saham unit amanah secara amnya menunjukkan pemulihan bermula pada awal tahun 2009, seiring dengan pemulihan ekonomi global.


Penganalisi ekonomi meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi dunia pada 2009 akan terus menguncup (pertumbuhan negatif). Walaubagaimanapun, 2010 adalah tahun yang dilihat sebagai permulaan kepada pemulihan sebenar ekonomi dunia. Malaysian Institute of Economic Research dalam kenyataan bertarikh 16 Julai 2009 menganggarkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara akan menguncup pada kadar -4.4% dan meningkat kepada +2.8% pada tahun 2010. Sementara itu, pada 9 Julai 2009 International Monetary Fund telah mengeluarkan senarai terbaru anggaran kadar pertumbuhan eknomi bagi negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti berikut:



  • Amerika Syarikat (2009: -2.6%, 2010:+0.8%)

  • Jerman (2009: -6.2%, 2010:+0.6%)

  • Jepun (2009: -6.0%, 2010:+1.7%)

  • China (2009: +7.5%, 2010:+8.5%)

  • India (2009: +5.4%, 2010:+6.5%)

Wah.. apakah ertinya nombor-nombor tersebut? Saya sebagai pelabur biasa dan bukan pakar ekonomi membuat kesimpulan mudah (tapi berasas!) bahawa sungguhpun pertumbuhan ekonomi negara dan global akan terus perlahan pada tahun 2009, namun 2010 akan menyaksikan peningkatan pertumbuhan yang ketara. Pertumbuhan positif dijangka terus berlaku untuk tahun-tahun berikutnya (dijangka, kerana tiada siapa tahu bilakah pula krisis ekonomi seterusnya? Namun kajian menunjukkan ia berlaku sekitar setiap 10 tahun). Pertumbuhan ekonomi amat mempengaruhi keadaan pasaran saham, dan pelaburan unit amanah amat dipengaruhi oleh pasaran saham. Justeru, saya berazam untuk meningkatkan modal pelaburan saya pada tahun 2009 kerana saya berharap pertumbuhan ekonomi pada tahun-tahun mendatang akan memberikan pulangan yang lumayan kepada saya! Lebih-lebih lagi harga NAV kebanyakan dana unit amanah berada di bawah paras tertinggi disebabkan kemerosotan bermula tahun lalu, maka potensi untuk kembali ke paras asal dan terus melebihinya adalah sangat cerah!


Apakah anggaran kadar pertumbuhan di atas akan menjadi kenyataan? Tiada siapa yang tahu. Dan tiada siapa yang tahu juga akan rezeki kurniaan Allah kepada seseorang. Yang penting adalah usaha. Dan usaha yang terbaik adalah usaha yang disertakan dengan ilmu. Kerana itu saya sentiasa cuba memperolehi sebanyak mungkin maklumat yang sahih dan berasas sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan pelaburan saya. Selebihnya, bertawakal :)!

One response to “Pelaburan Saham Unit Amanah – Sekaranglah Masanya!

  1. Ramalan pertumbuhan ekonomi perlu..antara salah 1 faktornya adalah memulih KEYAKINAN pelabur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s