Meninjau ke Hadapan…Ekonomi Malaysia 2010

salam, sekadar ingin menyisipkan berita terkini jangkaan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun depan.. Insya-Allah semakin pulih…. (dipetik dari Utusan Malaysia Online 7 Ogos 2009)

Ekonomi dijangka kukuh 2010

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang dijangka kekal pada negatif dua peratus tahun ini, bakal menyaksikan pemulihan kukuh pada 2010.

Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan Deutsche Bank, Prof Dr Norbert Walter berkata, bank itu menjangka pertumbuhan Malaysia akan pulih semula dan kembali kepada paras tiga peratus tahun depan.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak dijangka mencapai pertumbuhan lima peratus kerana pelaburan yang goyah.

Beliau berkata, Malaysia harus menumpu untuk menambah baik persekitaran pelaburan kerana penguncupan besar KDNK dalam suku pertama tahun ini disebabkan terutamanya pelaburan yang lemah.

“Pelaburan jatuh 10-11 peratus tahun-ke-tahun sejak dua suku lalu yang menyeret turun pertumbuhan negara,” katanya pada taklimat media di sini, hari ini.

Walter berkata, pemacu utama pertumbuhan KDNK Malaysia tahun depan dijangka datang daripada sokongan negara-negara Asia, terutamanya China dan India.

“Asia mencatatkan prestasi baik. Jadi anda dapat sokongan bagi ekonomi anda sendiri dengan menjalin hubungan rapat dengan ekonomi-ekonomi yang agak kukuh seperti India, Indonesia dan China,” katanya.

Walter, yang juga Pengarah Urusan Deutsche Bank Research menjangka Malaysia meningkatkan tahap tokokan nilai bagi menikmati pemulihan seterusnya sejajar dengan negara-negara maju.

Beliau berkata, meskipun negara-negara jiran tidak mempunyai tadbir urus yang baik dan prasarana berkualiti, mereka menjadi lebih menarik sekarang dan Malaysia akan ketinggalan jika ia tidak berganjak.

Walter berkata, Malaysia bertahan dengan baik semasa krisis-krisis kewangan Asia sebelum ini dan menambah beliau tidak terlalu bimbang dengan hala tuju negara.

Mengenai ekonomi global, Walter berkata, pertumbuhan dijangka turun tiga peratus tahun ini berikutan penurunan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam aktiviti sebenar dan kewangan.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan ekonomi global pulih pada 2011 dengan pertumbuhan 1.5 peratus disokong oleh kekukuhan pasaran baru muncul Asia. – BERNAMA

One response to “Meninjau ke Hadapan…Ekonomi Malaysia 2010

  1. apa la..tulis byak2 mcm ni,lau bangsa melayu kte pgang ekonomi xpe,ini org cina.mne p org melayu,melayu blom bkak mata ag ke??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s